Blog Sekolah SMAN
Kursus Perkongsian Pintar PdP Bahasa Arab ting 1 telah diadakan di Masjid Negeri, Kuantan. Kursus ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 16 - 18 okt 2018. Pada slot pertama, para peserta telah diminta untuk menghasilkan satu blog untuk aktiviti bahasa arab sekolah masing-masing.
Alhamdulillah.. SMATAF telah berjaya membuat satu blog untuk bahasa arab.
HARI PERTAMA:
Slot pertama bersama pengetua SMA Rompin, cikgu Husin. Beliau menjelaskan fungsi, peranan dan faedah yang boleh didapati daripada blog-blog SMAN sekaligus menunjukkan cara menghasilkan blog kepada para peserta.
Slot kedua dimulakan dengan pembentangan Dr. Husam berkaitan rancangan tahunan yang telah siap disusun rapi untuk guru2 arab di semua SMAN. Seterusnya beberapa orang perserta juga telah membentangkan RPH yang telah disusun untuk matapelajaran bahasa arab ting 1.
HARI KEDUA
Slot ketiga dan keempat pula telah disampaikan oleh ustaz Hani berkaitan kedudukan huruf hamzah di dalam penulisan. Perkongsian beliau sangat menarik kerana topik ini sangat jarang dibincangkan. Melalui slot ini, peserta dapat mengenal pasti kesalahan yang telah menjadi kebiasaan yang sering dilakukan dalam penulisan melibatkan huruf hamzah.
Slot kelima, sekali lagi peserta2 program menerima perkongsian daripada Dr. Husam. Dalam slot ini, beliau menunjukkan beberapa strategi yang harus dilakukan oleh guru2 bahasa arab SMAN dalam meningkatkan kemahiran membaca para pelajar.
HARI KETIGA
Slot keenam adalah lanjutan dan kesinambungan kepada slot sebelum, yang mana para peserta memberikan output yang diperoleh melalui perkongsian Dr. Husam. Para perserta diminta membuat beberapa kumpulan untuk membincangkan stategi, seterusnya membentangkan tugasan tersebut di hadapan dewan. Dr Husam memberikan komen untuk setiap pembentangan kumpulan.

Comments
Post a Comment