Kedudukan Huruf Hamzah (1)


Kedudukan huruf hamzah dalam penulisan bahasa arab sering dipandang ringan sehinggakan kerap berlaku kesalahan yang tidak disedari. Bahkan, orang arab sendiri tidak terkecuali dari melakukan kesalahan padanya, akibat kepada kurangnya memberi penekanan kepada topik ini.  Oleh itu, semoga perkongsian kaedah asas dalam penulisan huruf hamzah ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca.

    Kedudukan huruf hamzah dalam penulisan terbahagi kepada tiga bahagian berikut:
  1. Di awal perkataan
  2. Di tengah perkataan
  3. Di akhir perkataan

1. Di Awal Perkataan

Pertamanya kita perlu membezakan bentuk hamzah wasol (وصل) dan hamzah qoto' (قطع).
  • Hamzah wasol ( ا )
  • hamzah qoto' ( أ إ )
Kedua-duanya terletak pada awal perkataan. Oleh itu, bagaimana cara untuk mengenal pasti perkataan mana yang menggunakan hamzah wasol dan yang mana pula hamzah qoto' ? Ia sangat mudah iaitu dengan mengenal perkataan yang menggunakan hamzah wasol sahaja. Hamzah wasol terdapat pada Isim, Feel dan Huruf.

# Hamzah wasol pada Isim ( اسم )

*  Hanya 10 perkataan isim ini sahaja yang menggunakan hamzah wasol di awalnya. 
                    
                                                                         
- ابن           - ابنة
- اثنان           - اثنتان
- امرؤ         - امرأة
- اسم           - است
- ايمن           - ابنم

* Seterusnya masdar khumasi dan sudasi. Contoh: 
مصدر خماسي:
امتحان
امتثال

مصدر سداسي:
استفهام
استقامة


Ingat! Selain daripada 10 perkataan isim di atas dan selain perkataan masdar khumasi dan sudasi, mesti menggunakan hamzah qoto' di awalnya.  ( أحمد  إمام  أرض )


# Hamzah wasol pada feel ( فعل )

*Terdapat pada feel madhi ( khumasi & sudasi ) dan feel amar ( thulasi, khumasi & sudasi) sahaja. Berikut adalah contoh-contohnya:

فعل الماضي

1- خماسي:    اِجتهد, اِعتاد
2- سداسي:    اِستخرج, اِستعان

فعل الأمر

1- ثلاثي:    اِقْرَأْ , اِشْرَحْ , اُكْتُبْ
2- خماسي:    اِجتهدْ
3- سداسي:    اِستخرجْ

# Hamzah wasol pada huruf (حروف )

* Huruf ta'rif ( ال ) hamzah padanya adalah hamzah wasol. Sementara adawat ta'rif yang lain dimulakan dengan hamzah qato'   (أمْ  إِنْ  أنّ  أو  إلى).



bersambung...



Comments