Kedudukan Huruf Hamzah (1)

Kedudukan huruf hamzah dalam penulisan bahasa arab sering dipandang ringan sehinggakan kerap berlaku kesalahan yang tidak disedari. Bahkan, orang arab sendiri tidak terkecuali dari melakukan kesalahan padanya, akibat kepada kurangnya memberi penekanan kepada topik ini. Oleh itu, semoga perkongsian kaedah asas dalam penulisan huruf hamzah ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. Kedudukan huruf hamzah dalam penulisan terbahagi kepada tiga bahagian berikut: Di awal perkataan Di tengah perkataan Di akhir perkataan 1. Di Awal Perkataan Pertamanya kita perlu membezakan bentuk hamzah wasol (وصل) dan hamzah qoto' (قطع). Hamzah wasol ( ا ) hamzah qoto' ( أ إ ) Kedua-duanya terletak pada awal perkataan. Oleh itu, bagaimana cara untuk mengenal pasti perkataan mana yang menggunakan hamzah wasol dan yang mana pula hamzah qoto' ? Ia sangat mudah iaitu dengan mengenal perkataan yang menggunakan hamzah wasol sahaja. Hamzah wasol terdapat pad...